MATLAMAT KELAB KASIH IBU PRIHATIN

SILATURRAHIM

Menjaga kebajikan dan merapatkan hubungan semua ibu-ibu dan ibu tunggal serta menjalinkan silaturahim bagi membolehkan pelbagai aktiviti sosial dijalankan sama ada secara online atau aktiviti luar.

EKONOMI

Membantu meningkatkan ekonomi ibu-ibu dan ibu tunggal dengan menyokong perniagaan yang dijalankan oleh mereka dengan membantu dari segi menjalankan ceramah, kursus, latihan, bengkel atau seminar keusahawanan, membantu mencari sumber modal atau pinjaman, membina jaringan (networking) sesama mereka dan menyediakan database 1perniagaan untuk rujukan ahli dan orang ramai.

KEBAJIKAN

Membantu ibu-ibu dan ibu tunggal dengan menghulurkan bantuan kepada mereka yang sakit atau ditimpa musibah dengan menjalankan kerja amal kebajikan dan membantu dengan memberi bantuan samada dari segi kewangan mahupun barangan.

IMEJ

Meningkatkan imej dan tahap pemikiran dan pendidikan ibu-ibu dan ibu tunggal hingga mampu membentuk satu imej yang baik.

MAKLUMAT

Menyalurkan apa-apa maklumat yang ada daripada pihak kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri kepada ibu-ibu dan ibu tunggal agar mereka tahu apa yang disediakan untuk mereka serta kelebihan atau keuntungan yang boleh memberi manfaat kepada ahli dan masyarakat amnya

SOKONGAN

Membantu bagi mempermudahkan dan menyokong sebarang permohonan daripada ibu-ibu dan ibu tunggal, yang layak dan menepati syarat, untuk memperolehi sebarang bantuan, dalam bentuk apa jua, daripada kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.

Setiap sumbangan derma anda, dapat membantu kami untuk mencapai objektif kami dalam membantu ibu tunggal dan ibu yang ditinggalkan.

Bayaran melalui Toyyibpay

Atau anda boleh terus memberi sumbangan melalui QR di bawah :